Monday, May 2, 2011

KISAH KEKASIH




Nak share tentang KEKASIH aku?? Aku type huruf besar tu sebab aku terlampau sangat sayang kat DIA !! penyayang sifatnya. Betul ni. Tak tipu punya!! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa aku susah minta tolong sajalah pada DIA...Sure akan datang bantuan. Bila aku susah hati, boleh terus mengadu kat DIA....direct!!yang bestnya tue,bila aku dah mengadu kat DIA, peace jer..for surela..KEKASIH kan???

Ish..beruntung betul dapat KEKASIH macam ni..tak pernah nak sakitkan hati aku. Bila-bila masa aje aku boleh contact DIA. Yang seronok tue, sebab memang betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati nie!! Ye la cinta punya pasal kan?? DIA tak kisah sangat kalau aku tak ingat kat DIA. Tapi rugilah aku. Sebab, kalau aku ingat..contact je DIA. Sure macam-macam la yang aku dapat. Tak kiralah,material ke..spiritual ke..emmm.. memang kekasih sejatilah tu!! Bila aku rindu kata DIA, baca surat-surat yang DIA bagi tu..macam2 nasihat dalam tu. Siap bagi example lagi nak suruh aku faham..

Sebelum ni, aku pernah frust. Memang sedh giler la masa tu..ye la, cinta bagai nak rak, tiba2 clash gitu jer.. Tapi KEKASIH aku yang ni lain.. DIA tak kisah pun dengan cerita aku frust tu. Siap bagi semangat lagi..DIA takde jeles pun..cuma aku je yang jeles dengan DIA..Memang ramai yang jatuh cinta dengan DIA.So, aku kenalah usaha betul2..kata orang puti..''what you give, you get back''. So,kalau aku usaha lebih sikit,aku dapat lebih la kan?? KEKASIH aku ni baik sangat2,..perfect! tu yang kadang2 aku tengah2 malam.. area pukul 3-4 pagi tu pun, kalau aku terjaga, aku sure akan contact DIA..Rindulah!! Sebenarnya, KEKASIH aku ni kaya,..millionaire..billionaire.. dan entah apa2 naire lagi..tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support..caya tak?? free of charge..tapi aku tak sedap hatilah..mesti kena hargai apa yang DIA bagi tu kan? Mak aku kata, kalau, orang dah bagi, suka ke tak suka, ambik je la..pastu pandai2 membalas budi..tue yang buat aku sanggup berkorban apa sahaja...chewahhh.!!

DIA suruh aku belajar sungguh-sungguh. kalau boleh belajar semua ilmu. Sebab KEKASIH aku nie memang bijak+cerdik+ genius etc,,.. DIA kata tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat semua sia-sia. DIA pun tambah sayang kalau aku rajin belajar.. Malu la sebenarnya nak cakap nie..ermm..sebenarnya aku belum pernah jumpa DIA..Lagipun belum bersedia la..Tapi KEKASIH aku ni dah janji..satu hari nanti mesti jumpa. Sekarang nie menghitung hari la aku ni.. tapi kecut perut gak!! takut!! aku mesti prepare awal2.. daripada surat2 DIA yang ada tue, aku tahu apa yang DIA suka, apa yang DIA tak suka.so that, DIA tambah-tambah sayang la kat aku,kan??
takpela, berkorban sekarang..,sebab DIA dah janji.sape2 yang DIA sayang..,DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun..!! ish..rindu sangat nie!!!

KEKASIHKU...aku berjanji, aku akan pertahankan cinta suci ini..walau nyawa digalang gantikan, menggadaikan cinta teragung ini..tidak sama sekali..walaupun tak pernah berjumpa,aku tetap bahagia bersamaMu..

Itulah kekasihku ALLAH SWT..cinta teragungku.

always be there..


Assalamualaikum Cinta...khamshamida!!!!

No comments: