Friday, December 21, 2012

The Hobbit n Swetty

Salam….15-12-12 second time Swetty tgok wayang…1st time dulu tgok ngn kak..ne tgok ngn kawan2 U…xcited…tambah tgok dekat AmanJaya yg baru buka..kire 1st tme Swetty p situ…p nik teksi,bab hri sbtu,kete sewa dh kena booking…huhuuh…

Sampai dekat kui 3 la…lega kwn dh belikan tiket….cite The Hobbit…makan dulu..semua 7 mber yg join….beli bertih jagung n enjoy…best gk…da lawak n pgajaran yg penting….kawan kata xbest sgt…Swetty rasa ok jew….end jew cm tgantung…btw ne kan da kena mgena ngn The Lord Of The Ring…hiihih…balik 2,,kwn dtg jemput ngn kete sewa..kul 6..singgah CS Asama Thai Tomyam..xpi Swetty xjoin…p merayau…hahaha….balik dkat kui 10…penattt….xpi okler klu kua ngn kwn2…><




Assalamualaikum Cinta...khamshamida!!!!

Padang Besar Here We Comes.!!!

14.12.12 Swetty n kawan2 class….outing ke PADANG BESAR Perlis….
Best2….2 kete,,1 Revina kot ala2 van tu….
Be4 bertolak pakat berkumpul dekat R n R GurUN…..best2…>< Sawah pagi peneman mata




Asal kami pi nak temn ex student uitm Arau p mik kad siswa…so,,p la Uitm Aru dulu…perrrggghhh besar gk la Uitm dpa….byk pkok….sampai 12 lebh,,tpaksa tgu kui 3pm sebb pejabat tutup n solat Jumaat…
Jalan2 area tu…kwn jumpa kwn yg kt situ..happy jew depa..untglerrr…
3 lbh mula bertolak….niat nk beli jersey MU n Malaysia ja…sampai stu payyahhh benor cari parking…masuk ja rambang mata trus….haiya….
Dahla hujan….huhuuh..cri Jersey yg pentg….dh jumpa…ok gk RM55 tuk 2 helai jersey…nak buh nama n no kat belakng,mber sugges xpi xsempat….then cri baju kelawar kat mak…Alhamdulillah jumpa…mk cik tu pun bek,,siap bgi ole2 lagi…><
Then beli jajan ..bykkk gk habis lbh kurg RM150…kwn boy kata,,t cri la laki kaya…hahaha apakah…..pergghhh…..penat…xpi happy….ttdo dlm kete ….ne jewla…hat xbest mls cte……bye3…



Assalamualaikum Cinta...khamshamida!!!!

Friday, November 9, 2012

Alhamdulillah Result Exam Sem 2

Assalamualaikum…
9/11/2012 Swetty resah bab nak ceq result exam sem 2…gubra tui…
Katanya kui 9 pgi result kua…pkul 8 lbh Swetty dh bgun..breakfast…Then on Fb..tgok da yg post pasal result…lol xpukul 9 lgi…Swetty cek Emil…argghhh loading dya lambat..ternyata kat emil dh disent result…gubranya ya Allah…



Jeng2 akhirnya,..swetty dh tahu…ya Allah syukur sgt2….more better dari sem lepas..walaupun tak dapat dekan..hanya 3.30 jew pointer,,tapi mampu mengukir senyuman gembira…bagitau mak..mak pun lega…Alhamdulillah…kawan pakat Tanya,,ternyata result sem ne semua dapat okey..>< class Swetty da hampir 6 org dapat Dekan..u all de best…thanks kwn2 yg study sekali….tanpa ampa xmungkin Swetty dapat….tapi Swetty agak terkilan if sem lepas xda repeat paper,,sem ne mungkin dapat Dekan…xpi xpewla….ne pun cukup bagus..next sem try lgi…Insyallah….tadi da mber call…dya repeat ngn Swetty..alhamdulillah dya dapat okey gak….teringat lagi ayat Swetty kat dya pas hbis study tuk paper repeate tu…
‘’ Tengku aku hope sem depan dapat jumpa hg lagi’’
Syukur sgt2…next sem Insyallah study lagi….hg hebat….><…


Okeyyyy takat ne jew…smile…>< thank you Allah….



Assalamualaikum Cinta...khamshamida!!!!

Tuesday, October 30, 2012

Aku Traumaa BiLA MALAM


Assalamualaikum..jam kui 12 malam..still xtido sambil download Running Man n berFB..
Nak tahu,,awat akU selalu tidur lewat….trauma mybe…huhuuh….tambah bila kat rumah…
Kejadian berlaku tahun lepas,,,malam tu,,suasana sunyi jew,..pukul 11 aku still xboleh tidor..then perasan kt tingkap cm ada tgn owg..egt mak,,aku abaikn jewla….then tidur…dalam kui 3 am,,..dengar macam riuh,,macam aku dpt agk..ak lari p kat mak..adik aku laki yg baru balik,,jerit kata da pencuri..aku dgr bunyi hentakan kuat,..mak n ayah terjaga..pakat terkejut..risau betul…adik aku kata laki tu dh lari…kak2 aku n kawan kak aku yg tidur ats ru,ah terjaga & 3 biji hp hilg….takut betul..kiranya pencuri tu panjat tingkap bilik aku untuk naik tingkat 2,,,ya Allah lega malam 2 aku x tidur atas rumah..tidak xtawla…aku cepat terjaga klu bunyi pelek3..serammm
Kejadian ke2,,sejak kejadian pertama aku takut nk tidur…
Malam tu,,aku dah ready nak tidur..dah tutup lampu,,tiba2 aku Nampak ada owg selak langsir tingkap bilik aku…takut,,aku dapat duga..then aku xmampu nk jerit or what…aku call umah then kuar senyap2…bagitahu mak..mak yg turut terkejut,,naik tingkat ke2,,,usha dri atas…betullah ada owg..mak aku jerit halau orang tu…marah dya…ya ALLAH masa tu aku ketakutan n harap mak aku ok…mak aku kata penjahat tu dah lari…
Beberapa hari pas2,..ada lagi…selak langsir…msa lampu masih xpadam…aku rasa dya tahu yg aku xtido lagi…cpt2 aku lari bagitahu mak..masa mak tgok org tu dh lari..sumpahh sampai la bila malam..aku seram…atas rumah pun aku xberani nak tidur…huuhuh…abang ipar kata dia nak mengendap kot,,geng mat dadah..
Hope sangat dia ditangkap…lane kire aman…xpi smalam jirn aku kata rumah dia pencuri masuk..takut gak aku…huhuuh….dugaan…manusia lagi menakutkan..tambah bila ayah dah xda…huhuuh…harap Allah SWT melindungi family kami dri kejadian yg x diingini..risau tambah akhir buln ne,,aku nak balik uitm dh…huhuhuh….





Assalamualaikum Cinta...khamshamida!!!!

Thursday, October 25, 2012

Ratapan anak rindukan arwah ayah yang baru kembali kepadaNya..


Assalamualaikum….huhhuhu…cik Swetty kembali..:)
Sebenarnya Swetty masih dalam mood sedih…huhuhu…Ayah baru sjew tinggalkan kami sekeluarga….mak n 10 org anak….kubur ayah pun masih merah lagi…


Imbau hari ayah pergi,,sabtu 21 oktober 2012,,saat tu abg Anuar n isteri , anak buah ayh dtg ke rumah menziarah…Swetty lepak dalam bilik..pas dorg balik…mak ngadu ayah dh xnafas,,sayu betul…Swetty sempat pegang nadi ayah…huhu..mag sejuk n xda respon..cemas…mak call kak n klinik,…Swetty swoh mk call jirn…kak balik n tengok ayah…dya meraung….ayah ! ayah…Swetty xmampu tahan turut meraung dlm bilik…sah la ayh telah pergi….ya Allah ne kali pertama Swetty hilang org yg Swetty sayang..urusan pgebumian diuruskan…nak cium arwah ayah xley da air mata…Swetty tahan,,sejuk,,tenang muka ayah…then Swetty sebak n nangis,,,lega ada kak…huhuhuhu….ayah…..Swetty tgok proses pengebumian ,, juga pertama kali….dri awal smpai akhir…air mata xhenti2,,,,huhuhuu…
.
Hari pas2,,kwn2 byk beri smgt,,,yg xpenah mai umah pun dtg ziarah…mohon Swetty tabah,,,,syukran Swetty tabah n kuat,,,,wlupun Swetty teringin nak meraung,,,xpi kenang mak n adik berdik…Swetty tabah gk…
Saat Swetty taip ne,,Swetty baru lepas dgr takbir Raya..sayu sedih…beraya dgn gelaran anak yatim…tambah sedih bila mak kata…ampa xrasa sunyi ke ayah xda…..lepas ne kak dh nk p,,Swetty pun nk balik U….huhuhuhu…sayu hati ne….kuat2,…esok Raya….

Al-Fatihah untuk Arwah Ayah ..Ibrahim bin Abd Majid….

kasih ayah tiada tandingan…mak n adik beradik…moga terus kuat,,,jalani hidup tanpa Ayah….





Assalamualaikum Cinta...khamshamida!!!!

Monday, October 22, 2012

Pohon Semalu Dan Wanita - Rasulullah saw


•• Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w b"jalan-jalan b"sama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka b"dua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya b'darah lalu mengadu kesakitan.



Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan
tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

.(
◕‿◕) > Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

.(
◕‿◕) > Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

.(
◕‿◕) > Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

.(
◕‿◕) > Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.


# muahasabah diri ^^




Assalamualaikum Cinta...khamshamida!!!!

Friday, October 19, 2012

Mengambil Berkah dari Air Hujan




Anas radhiyallahu ‘anhu berkata, “Kami bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah kehujanan. Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menyingkap bajunya hingga disirami hujan. Kemudian kami mengatakan, “Ya Rasulullah, mengapa engkau melakukan demikian?”

Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لأَنَّهُ حَدِيثُ عَهْدٍ بِرَبِّهِ تَعَالَى
“Kerana dia baru sahaja Allah ciptakan.” (HR. Muslim no. 2120)

An Nawawi dalam Syarh Muslim, 6/195, makna hadis ini adalah bahawasanya hujan itu rahmat iaitu rahmat yang baru saja diciptakan oleh Allah SWT, maka Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bertabaruk (mengambil berkat) dari hujan tersebut. Kemudian An Nawawi mengatakan, “Dalam hadis ini terdapat dalil bagi ulama syafi’iyyah tentang dianjurkannya menyingkap sebahagian badan (selain aurat) pada awal turunnya hujan, agar disirami air hujan tersebut. Dan mereka juga berdalil bahawa seseorang yang tidak memiliki keutamaan, apabila melihat orang yang lebih mulia melakukan sesuatu yang dia tidak ketahui, hendaknya dia menanyakan untuk diajar lalu dia mengamalkannya dan mengajarkannya pada yang lain.” (Syarh Nawawi ‘ala Muslim, 6/195 , Maktabah Syamilah)




Assalamualaikum Cinta...khamshamida!!!!

Sunday, October 14, 2012

...Sedangkan Nabi pun sayangkan Kucing...


Muezza (atau Mu'izza) (Arab: معزة‎) diakatakan merupakan seekor kucing peliharaan Nabi Muhammad SAW yang paling disayangi. Berdasarkan periwayatan, Nabi Muhammad pada suatu hari telah terjaga (dari tidurnya), berikutan suara Azan yang memanggil untuk menunaikan solat. Tatkala baginda Nabi bersedia untuk menyiapkan diri untuk bersolat dan baginda hendak mengambil jubahnya, ternyata Muezza sedang tidur di atasnya jubahnya, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya supaya tidak membangunkan Muezza. Ketika Nabi pulang ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepada baginda. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan kucing itu sebanyak 3 kali. Ketepatan dan kesahihan terhadap cerita ini sebenarnya tidak begitu jelas kerana tiada ayat Al-Quran atau Hadis Nabi yang menceritakan kisah ini.

Dipercayai juga ketika Nabi Muhammad menerima tetamu ke rumahnya, Nabi selalu menggendong Mueeza dan ditaruh Muezza pada paha baginda. Ada juga yang lain mengatakan Nabi Muhammad kadangkala menggunakan air mutlak yang pernah menjadi minuman Muezza digunakan untuk tujuan berwuduk. Bagi menggambarkan sifat penyayang dan kemurahan hati Nabi Muhammad SAW keatas kucing, 

kebanyakan Muslim pada hari ini telah banyak memelihara kucing dan menyayanginya. Dalam Islam perbuatan menghina atau mengasari haiwan tidak kira samaada haiwan itu haram dimakan atau tidak adalah suatu perkara yang sangat terkutuk dan berdosa serta tidak bertamadun. Binatang dan tumbuhan juga harus dihormati dan disayangi kerana ia suatu amanah dari Allah.







Assalamualaikum Cinta...khamshamida!!!!

KISAH FATIMAH AZ ZAHRA PUTERI RASULULLAH....

Setelah fatimah ni berkahwin dgn saidina ali... fatimah sebagai isteri kena buat mcm2 di rumah,memasak,mengguli tepung,memasak dan kena bantu saidina ali....sehingga dahulunya tangan fatimah lembut

sampai jd kasar tangannya....suatu hari rasulullah pergi melawat fatimah dan saidina ali ...rasulullah melihat fatimah dlm keadaan sedih..kerana byk kerja yg mesti dibuatnya...selepas itu rasulullah pun membantu anaknya fatimah az zahra...dan selepas itu rasulullah mengajar anaknya fatimah supaya membaca Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah' , 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya

 













Assalamualaikum Cinta...khamshamida!!!!

Friday, October 12, 2012

Kantoiii !!! ngan Adam....


Assalamualaikum….hai3…sajew borink2 then nak update….tajuk ne fun kot….hahaha…Adam bukan sebab cite Adam Hawa tu yer…ne someone yg digelar Adam be4 ne da entry pasal dya…lama dah…
Tajuk entry kali ne kantoi kantoi !!!! hahhaha,,,sjew jew wat teruk…
Bersangka baik yer…actually Adam cm someone yg da hubungan ngn Swetty xpi bukan kapel..nthla…
Malam jumaat ri2…Swetty wt study grup..ngn kawan2,,,be4 ne da wt gak..xpi malam tu Swetty p dulu ngn 2 boy…libry xbuka p kt 1 bngunan kolej tu…kwn girl duk mkan..sbb 2 boy tu dh mai,,so kmi gerak dlu…so ber3 la…masa jalan..tba2 msg masuk dri Adam..

’Huh , xpayah tunduk sgt la””
U kat mana
dalam kete’’
Owh xpasan..sorry..
’Bf ke??’’
Mana ada
’yela tu habis tu sape’’
Kawan jew..marah k?
herrmmm””
Ok nite..
Then hari ne pas hbis jwb exam Swetty tgok hp da msg dri dya…
gud luck’’
‘’kalu owg ajak dia kuaq,mcm2 alasan..dia kuaq ngn owg len xpe’’
Msg msg….
I p study grup la bukn kua lua uitm pun..lwk u ne..mcm terasa
’memang pun’’
Xpewla cmtu..
’u curg ngn I’’
Ne lagi lawk.
’I still syg u tw x’’
Xpun baru tw hahah..xpi I xcurg pun…mcm u xbesa kua ngn girl2 kwn u..
’miss u’’
‘’bukan pernah msg I pun’’
Adala I msg ne pun duk msg…
’I yg msg dulu’’
‘’bila nk jumpa’’
Sem depan kot..hahah
Ne yg Swetty nk updte…hihiih…seriously kmi xda hubungn apa pun..dya pun tw…so childish…
Teeetttt teettt…masuk gi msg
‘’jom makan’’
Hahhaha…Swetty kat rumah…xleyla nk jumpa...hahhaa...xpi mg xmo jumpa...:P
Okeyyy….ne jew…..




Assalamualaikum Cinta...khamshamida!!!!

Saturday, October 6, 2012

Boy Korea yang Menyerlah 2012 !!

Assalamualaikum...entry kali ne nak tunjuk antara boy korea,,kpop or hallyu stars yg femes..macam dulu kita da Rain,Jang Dong Gun,Won Bin,Kwon Sang Woo & etc....now kita tgok yg fresh sering mewarnai & dinanti peminat....Anyeonsayo...!!

Jang Geun Suk (Femes sejak cite he's Beutiful)


Choi Minho (kpop Grup Shinee-now tengah hangat berlakon cite To beautiful of you)


Kim Hyun Joong


Choi Siwon



Lee Min Ho


Taecyeon 2PM


Micky Yoochun DBSK


Kim Soo Hyun ( Dream High now hot with The sun taht embrace the moon )



Song Joong Ki


Lee Seung Gi


hihhhihi.....suke tgok cite korea....>< 







Assalamualaikum Cinta...khamshamida!!!!

Friday, September 28, 2012

Ringkasan Dan Kandungan Bajet 2013

Ringkasan Dan Kandungan Bajet 2013

Bajet 2013: Bonus sebulan setengah pada penjawat awam. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat membentangkan Belanjawan 2013 yang menggariskan lima fokus utama untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di seluruh negara.


Belanjawan bertemakan "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat : Sebuah Janji Ditepati" itu bakal memberi keselesaan kepada pelbagai lapisan masyarakat termasuk masyarakat desa, petani, buruh, nelayan, guru, pekebun kecil, pensyarah, karyawan, penjawat awam dan golongan profesional serta usahawan.

Bajet 2013: Ringkasan Pembentangan Bajet 2013


Gambaran umum

- Pendapatan per kapita negara sebanyak RM31,000 dan rizab antarabangsa sebanyak RM432.2 bilion.

- Hasil kerajaan pada 2013 dijangka sebanyak RM208.6 bilion berbanding RM207 bilion pada 2012.

- Defisit kerajaan pada 2013 dijangka sebanyak 4 peratus berbanding 4.5 peratus pada 2012.

- Perbelanjaan mengurus sebanyak RM201.9 bilion dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM49.7 bilion.


Isi penting

- Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.
   
- Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.
   
- Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.
   
- Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
   
- Dana Infra Nasional Bhd menerbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk membiayai pembangunan MRT.
   
- RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.

- Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.

- Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.


Industri halal

- SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.

- Pemberian insentif cukai bagi pelaburan dalam aktiviti penapisan produk petroleum dengan pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 10 tahun, pengecualian cukai pegangan dan duti setem.

- Pemberian pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 3 tahun pertama pengendalian syarikat dagangan LNG.


Petani, nelayan & penjaja kecil 

- Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.

- Memperkenalkan empat kawasan jelapang padi baru berkeluasan 19,000 hektar di Kota Belud, Batang Lupar, Rompi dan Pekan, dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik padi.

- Sebanyak 55,000 nelayan diberikan bantuan RM200 sebulan dan skim insurans perlindungan dengan perlindungan maksimum hingga RM100,000.

- Subsidi dan insentif pertanian sebanyak RM2.4 bilion diteruskan.

- Memperkenalkan skim takaful pertanian sehingga RM13,000 kepada 172,000 pesawah.


Galakan amanah perniagaan

- Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.

- Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.

- RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.

- Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.

- Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.


Pasaran modal 

- Terbitan dua tawaran permulaan awam (IPO) terbesar di dunia melalui Felda Global Ventures Holdings (RM9.9 bilion) daqn IHH Health Berhad (RM6.3 bilion).

- DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.

- Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

- Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.

- Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.

- Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.

- RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.


Pasukan keselamatan

- Seramai 125,708 anggota tentera diberikan insentif khas RM200 sebulan.

- Elaun wataniah dinaikkan dari RM4 kepada RM7.8 sejam.

- Seramai 224,000 pesara tentera tidak pencen mendapat bantuan one-off RM1,000.

- Seramai 242,200 anggota polis dan tentera akan menerima insurans berkelompok kepada dengan had perlindungan RM15,000.


Pinjaman perumahan & pelatih praperkhidmatan

- Pinjaman perumahan penjawat awam akan disusun semula, manfaat dan bantuan kekal 4 peratus.

- Seramai 31,135 pelatih akan mendapat kenaikan elaun praperkhidmatan.

- Unit Rondaan Bermotosikal dengan 1,000 motosikal di kawasan perumahan.

- SPRM akan ditambah baik dengan penambahan 150 perjawatan (5,000 anggota).


Imbuhan

- Seramai 1.4 juta ahli Perkeso diberikan pemeriksaan percuma bernilai RM200 juta.

- Diskaun separuh harga bayaran pasport kepada warga emas RM150 untuk lima tahun dan RM80 untuk dua tahun.

- Sebanyak 40,000 tangki air akan dibekalkan di pedalaman Sabah-Sarawak.

- Sebanyak RM100 juga diperuntukkan untuk menaik taraf 350 klinik kerajaan.

- Pemeriksaan percuma mamogram untuk 100,000 wanita.

- Rebat kepada belia (21-30 tahun) RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G.

- Diskaun separuh harga tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan bawah RM3,000.

- Had pendapatan Skim Rumah Pertamaku ditetapkan RM10,000 untuk suami-isteri dan RM5,000 untuk individu dengan nilai hartanah tidak lebih RM400,000.

- Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M) RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bawah RM2,000.

- Diskaun separuh harga tambang feri Sarawak-Labuan-Sabah.

- Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah diteruskan.

- Baucar buku RM250 kepada pelajar universiti diteruskan.

- Pelepasan cukai SSPN dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM6,000.

- Pemberian diskaun 20 peratus kepada penyelesaian sekali gus pinjaman PTPTN (sehingga 30 September 2013).

- Diskaun 10 peratus kepada pembayar PTPTN yang konsisten.

- Pemberian bonus sebulan setengah kepada penjawat awam
.

Assalamualaikum Cinta...khamshamida!!!!

Sunday, September 23, 2012

Top 10 Kucing Mahal

Assalamualaikum....oleh sebab Swetty suke Kucing2 so,,entry kali ne nk update pasal kucing,,,,meow2...
kucing mahal yg sering dicari...sapew minat sma cm Swetty...enjoyyy keyyy...

Kucing adalah makhluk yang indah di dunia. Kucing adalah haiwan peliharaan yang paling dicintai di rumah dan persekitaran. Kucing, juga dikenali sebagai kucing rumah atau housecatuntuk membezakannya dari kucing lain dan felids, adalah mamalia karnivor kecil yang dihargai oleh manusia untuk persahabatan dan kemampuannya untuk memburu kutu dan hama rumah.Kucing telah dikaitkan dengan manusia lebih kurang 9.500 tahun, dan pada masa ini kucing paling popular di dunia. Ketika membuat keputusan untuk memiliki binatang peliharaan, 10 jenis kucing berikut adalah paling popular.Kucing lucu, baik, dan dianggap jinak bagi kanak-kanak. Sebenarnya, kucing adalah binatang peliharaan mudah dipelihara. Kucing adalah sahabat yang sempurna. Kucing tidak memerlukan banyak dari pemiliknya.Kucing hanya harus teratur diberi makan. Kucing juga memerlukankan tempat berlindung.
1. Persian cat
Persia adalah seekor kucing berbulu panjang yang dikenali dengan wajah bulat dan mulut pendek. Universal peringkat nombor satu jenis yang paling popular kerana sangat penyayang dan setia.
Salah satu jenis kucing tertua, namanya sempena nama tempat asalnya, Persia (Iran). Diakui oleh fancy kucing sejak akhir abad 19, diperkenalkan pertama kali oleh England , dan oleh penternak Amerika selepas Perang Dunia Kedua. Di Britain, dipanggil seniman atau pemain muzik klasik Persia.
Walaupun Persia mempunyai harga yang tinggi dan perlu rawatan pemeliharaan setiap hari, ini lebih dari diganti dengan personaliti, tetapi bulunya boleh menjadi mimpi buruk untuk dikekalkan. Kadang-kadang tumbuh sehingga 3 inci panjangnya! Persia memerlukan persekitaran yang nyaman untuk merasa aman.
2. Siamese cat
Siamese adalah salah satu yang pertama jelas diakui kucing keturunan Oriental. Asal namanya Siamese tidak diketahui, tetapi diyakini berasal dari Asia Tenggara. Kucing ini berkembang biak dari Siamese Moden menunjukkan rapi, ramping, bergaya, fleksibel dan badan berotot.
Kepala berbentuk segitiga, dengan mulut kecil. Mata berbentuk almond dan cembung. Bulu pendek, berkilat, halus, lembut, padat dan sesuai dengan badan. Siamese dikenali dengan skema warna khas yang tajam. Seekor kucing Siamese selalu ingin menjadi tarikan perhatian.
Kucing ini ingin diperhatikan. Kucing ini sangat mudah berinteraksi, berbunyi dengan suara serak untuk perhatian atau hanya untuk diajak berinteraksi! Kucing ini cenderung mendapat perhatian ramai atau kuat menangis jika anda mengabaikannya.
Kucing ini ramping dan cergas dengan telinga yang besar. bulu yang pendek dan terletak berhampiran dengan kulitnya. Kucing ini suka dibelai, dan sangat setia dan rapat dengan seseorang. Kucing ini sangat cerdas dan penuh kasih sayang…
3. The Maine Coon cat
The Maine Coon  mempunyai struktur tulang yang besar, dengan bentuk badan persegi, dan bulu panjang menjalar dibadannya. Pembiakkannya dapat dilihat dalam berbagai warna dan dikenali melalui kecerdikannya.
Maine Coons adalah salah satu jenis dalam negeri terbesar.Bagi kucing jantan kebanyakan berat badannya 12-18 paun, pada berat betinanya biasanya 10-14. Kucing ini kuat, lembut dan penuh kasih dengan bulu panjang tetapi tidak memerlukan banyak berhias seperti Persia.
Kucing ini baik akan membuatkan sangat aman dengan anak-anak. Malah menjadi tambahan yang sangat setia kepada keluarga
.4. Abyssinian cat
The Abyssinian adalah jenis kucing peliharaan dengan bulu dicipta sebegitu menarik. Ada banyak cerita tentang asal-usulnya, sering kucing ini berguling di Mesir, tetapi asal-usul yang sebenarnya tidak pasti.
The Abyssinian telah menjadi salah satu yang paling popular keturunan kucing bulu pendek di Amerika Syarikat. Bulu separa-panjang, padat, dan lembut untuk disentuh. The Abyssinian mempunyai bulu yang luar biasa cukup untuk menarik perhatian.
Setiap bulu mempunyai warna asas dengan tiga atau empat jalur berwarna gelap,bulu berwarna lebih terang pada akar berhampiran kulit, dan gelap “ticking” warna di hujungnya. Abyssinians sangat aktif, sibuk dan lucu, dan kucing ini menyayangi manusia.
5. Ragdoll cat
The Ragdoll adalah salah satu jenis kucing peliharaan terbesar dengan bentuk badan tegap, tapak kaki besar dan seimbang. Kucing ini berkembang biak dengan mata biru dan bulucolorpoint yang berbeza. Ini adalah kucing semi-artis besar dan berotot dengan bulu yang lembut dan halus.
Dikembangkan oleh penternak kontroversial Amerika Ann Baker, yang terbaik adalah dikenali dengan sifat yang jinak dan tenang dan sifat kasih sayang.
Kucing ini sangat lembut, santai dan penuh kasih sayang. Ragdoll yang sempurna untuk peliharaan di rumah atau di mana-mana.Kucing ini begitu jinak sebaliknya berbahaya untuk ditinggalkan di rumah sendirian kerana kucing ini tidak dapat mempertahankan diri jika diserang haiwan lain.
6. The Exotic Cat
The Exotic Shorthair mempunyai sifat lembut dan tenang dari Persia, tetapi lebih hidup dari keturunan kucing berbulu panjang itu. Sifat ingin tahu dan suka bermain, kucing ini mesra terhadap kucing dan anjing lainnya. Kucing ini jarang mengeluarkan bunyi. Kucing ini tidak suka ditinggalkan sendirian, dan memerlukan kehadiran tuannya.
Kucing ini cenderung untuk menunjukkan kasih sayang lebih dan kesetiaan dari keturunan paling dan menjadikan pusingan hidup kucing yang sangat baik. sifat kucing yang tenang dan stabil membuat kucing ini sesuai untuk penduduk bandar.Meskipun demikian, Exotics mempunyai beberapa warisan tenaga dari keturunan kucing berbulu pendek Amerika dan  sering mampu memburu tikus.
7. Savannah Cat

Savana dianggap salah satu jenis yang lebih besar dari kucing peliharaan. Padang rumput tinggi dan ramping membangun memberikan penampilan ukuran lebih besar dari berat biasanya. Kucing ini merupakan kacukan silang antara kucing serval dan kucing rumah.
Savana umumnya dibandingkan dengan anjing dalam kesetiaan, dan kucing ini akan mengikuti tuannya di sekitar rumah seperti juga anjing. Savana juga dapat dilatih untuk berjalan di atas tali, dan malah menyambut tetamu.
Savana dilaporkan sebagai sangat sosial dan mesra  dengan orang-orang baru, dan kucing lain dan anjing, sementara yang lain ada bersembunyi atau kembali mendesis dan marah ketika melihat orang asing.
Paparan terhadap orang lain dan haiwan peliharaan yang paling mungkin faktor kunci dalam sosialisasi sebagai kucing Savana membesar. Savana tidak mempunyai masalah sifat yang akan dikaitkan dengan asas kucing lebih pemalu dan / atau agresif hybrid. Savana yang sangat ingin tahu, dan telah dikenali masuk ke dalam segala macam hal.
Kucing ini sering belajar bagaimana untuk membuka pintu dan almari, Savana merupakan kucing yang tidak takut dengan air di mana banyak orang akan mandi atau malah terjun dalam air. Beberapa pemilik kucing juga mandi dengan kucing Savana.
8. Burmese Cat
Burma dianggap sebagai kucing bulu pendek asing di Amerika Syarikat. Warna mata kucing ini diterima untuk berkembang biak dengan mata berwarna emas atau kuning.
Walaupun antara pembiakan dengan Siam dapat mengakibatkan biru atau hijau. Mata biru atau nyata (“aqua”) mata, secara genetik mungkin kucing asli di Burma.
Badan ini dikenali kerana berkilau, dengan satin finish. Seperti kebanyakan kucing berbulu pendek, tidak memerlukan rawatan tambahan. kucing Burma cenderung vokal seperti Siam. Kucing boleh benar-benar terikat dan percaya dengan tuannya
.9. Manx Cat

The Manx adalah jenis kucing dengan mutasi semulajadi tulang belakang. Mutasi ini ekornya lebih pendek, sehingga dalam banyak-banyak ekor panjang kurang yang beekor.
Banyak Manx mempunyai rintisan “kecil” ekor, tapi kucing Manx terkenal sebagai sepenuhnya ekor, ini adalah karakter yang membezakan dari keturunan dan jenis badan kucing mutasi genetik. Para Manx dikatakan pemburu unggul dan dikenali untuk menangkap mangsa yang lebih besar malah ketika masih muda.
Kucing ini sering dicari oleh petani dengan masalah haiwan pengerat seperti tikus. Kaki belakang Manx lebih panjang daripada kaki depan, menciptakan satu henjutan yang berkesinambungan dari bahu ke punggung kucing memberikan penampilan yang kuat.
Telinga kucing lebih kecil dari keturunannya dan Manx boleh ada dalam pelbagai warna, termasuk Tortoise-shell, Tabby, Calico, dan semua warna bulu padat. Kepala yang bentuknya bulat, dan seringkali sangat ekspresif, dengan mata lucu dan hidung kecil.
10. Sphynx Cat
The Sphynx (juga dikenali sebagai kucing Kanada Mexico) adalah jenis kucing yang dikenali kerana kurangnya bulu. The Sphynx kelihatan seperti kucing berbulu, tetapi tidak benar-benar berbulu. Tekstur kulit menyerupai kulit Chamois. Hal tersebut dapat dilindungi dengan sangat pendek, bulu halus, tidak seperti buah pea.
Memandangkan Kucing sphynx  mahu untuk tetap hangat , kucing ini bertempek kepada haiwan lain dan manusia. Malah cenderung berpelukan dan tidur dengan tuannya di bawah selimut. Kurangnya bulu menjadikan kucing cukup terasa pada sentuhan kulit .
Kucing ini biasa dikenali melalui pola (padat, tompok, van, kucing, tortie, dll) dapat ditemui pada kulit Sphynx. Oleh kerana kurangnya bulu, Sphynxes memerlukan proses cuci biasa kerana tidak ada bulu untuk menyerap minyak semulajadi di kulitnya. Sphynxes dikenali kerana sifatnya yang ekstrovert.
Kucing ini menampilkan tahap tenaga yang tinggi, kecerdasan, rasa ingin tahu, dan kasih sayang untuk tuannya. Kucing ini memiliki mata yang luar biasa besarnya.

Nabi Muhammad saw pun sayangkan kucing....


Assalamualaikum Cinta...khamshamida!!!!