Tuesday, April 26, 2011

Arak Punca Pelbagai Maksiat

Diceritakan bahawa pada zaman sebelum kebangkitan Rasulullah s.a.w, seorang pemuda yang terkenal sangat kuat beribadat telah di fitnah olehseorang perempuan pelacur yang jatuh hati kepadanya.

Si perempuan menggunakan helah menyuruh pembantunya menjemput pemuda itu datang ke rumah, kononnya atas hajat sesuatu yang penting. Apabila pemuda tersebut masuk dalam ke dalam rumahnya, perempuan itu segera mengunci pintu. Di dalam rumah tersebut ada seorang bayi kecil dan satu hidangan arak. Perempuan itu berkata; "Aku beri kamu 3 pilihan; berzina denganku, bunuh bayi ini atau minumlah arak ini. Sekiranya kamu enggan, aku akan menjerit dan memberitahu orang ramai bahawa kamu telah memperkosaku dan bayi ini adalah anakmu."


Melihat kesungguhan pelacur ini, pemuda tersebut terpaksa membuat keputusan untuk memilih salah satu pilihan. Dia memilih untuk meminum arak kerana baginyaia adalah dosa yang paling ringan. Membunuh bayi dan berzina melibatkan orang lain, tetapi meminum arak hanya melibatkan dirinya sahaja untuk bertaubat, pada pandangannya. Akhirnya dia meminum arak itu sehingga mabuk dan ketika mabuk, ia berzina pula dengan pelacur yang hina itu. Selepas itu, tanpa kewarasan fikirannya, dia telah bertindak membunuh bayi itu.

Kisah ini diriwayatkan oleh Imam Abdul Razaq dalam kitab al- Musannaf, no. 17060 dan Ibn Hibban, no. 5348.


Demikianlah betapa hebatnya pengaruh negatif arak kepada manusia. Ia bukan sahaja menyebabkan masalah kesihatan, tetapi juga mendorong manusia melakukan maksiat yang lebih besar. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Arak adalah ibu segala maksiat."

(Riwayat al - Nasa'i no. 5666)



Assalamualaikum Cinta...khamshamida!!!!

No comments: