Saturday, July 30, 2011

kelebihan Berpuasa....


Salam...yee hwa esok dh nk puasa~~bestnyer!!!Entry kali ne..kelebihan berpuasa..jom usha~

Kelebihan 30 hari berpuasa ~~~

* Dosanya keluar seperti ia baru di lahirkan ibunya.

* Dosanya di ampuni, begitu pula dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.

* Di panggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan: “Mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu”.

* Di beri pahala yang sama, dan pahala orang-orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

* Di beri pahala seperti orang yang melakukan sembahyang di Masjidil Haram di Makkah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin.

* Di beri pahala seperti pahala malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.

* Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir’aun dan Haman.

* Di berikan oleh Allah segala apa yang pernah di berikan kepada Nabi Ibrahim ‘alaihisalam

* Seperti pahala beribadah kepada Allah yang di lakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W

* Di kurniakan oleh Allah kebaikan dunia dan akhirat

* Keluar dari dunia seperti pada hari dilahirkan dari kandungan ibu bersih daripada dosa

* Datang di hari kiamat dengan keadaan mukanya bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama.

* Datang di hari kiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan.

* Disaksikan oleh para malaikat, kalau dia telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan di bebaskan oleh Allah dari segala mudarat.

* Di minta ampun oleh para malaikat, oleh malaikat yang memikul Arasy dan Kerusi.

* Di bebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga.

* Di beri pahala seperti pahala para Nabi.

* Di seru oleh para malaikat, “Wahai hamba Allah, bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu”.

* Di angkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.

* Di beri pahala para syuhada dan salihin.

* Di bina rumahnya dari nur di dalam syurga.

* Di bangunkan sebuah kota untuknya di syurga

* Kelak di hari kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.

* Di beri pahala yang berupakan dua puluh empat permohonan di kabulkan.

* Di hapuskan dari seksaan kubur.

* Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.

* Dalam melintasi sirat (jambatan) pada hari kiamat kelak, dia akan dapat melintasi dengan laju bagaikan kilat menyambar.

* Allah mengangkat dengan seribu darjat di syurga.

* Diberi pahala seribu haji yang mabrur.

* Di panggil dan di persilakan oleh Allah, wahai hambaku, makanlah buah-buahan syurga dan mandilah dengan air salsabil (air syurga yang sedap di minum) serta minumlah dari telaga kausar. Akulah Tuhanmu dan engkau hambaku...







Assalamualaikum Cinta...khamshamida!!!!

2 comments:

Hendri joharmansyah said...

mantap nich... salam kenal gan...

swettyhuda said...

tq yer...slm juga...:))