Showing posts with label I Love IsLam. Show all posts
Showing posts with label I Love IsLam. Show all posts

Saturday, October 18, 2014

:: Quote Of The Day ::


Life is about trusting your feelingsand taking chances, losing and finding happiness,appreciating the memories,learning from the past andrealizing people change.









Assalamualaikum Cinta...khamshamida!!!!

Monday, October 22, 2012

Pohon Semalu Dan Wanita - Rasulullah saw


•• Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w b"jalan-jalan b"sama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka b"dua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya b'darah lalu mengadu kesakitan.



Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan
tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

.(
◕‿◕) > Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

.(
◕‿◕) > Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

.(
◕‿◕) > Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

.(
◕‿◕) > Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.


# muahasabah diri ^^




Assalamualaikum Cinta...khamshamida!!!!

Friday, October 19, 2012

Mengambil Berkah dari Air Hujan




Anas radhiyallahu ‘anhu berkata, “Kami bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah kehujanan. Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menyingkap bajunya hingga disirami hujan. Kemudian kami mengatakan, “Ya Rasulullah, mengapa engkau melakukan demikian?”

Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لأَنَّهُ حَدِيثُ عَهْدٍ بِرَبِّهِ تَعَالَى
“Kerana dia baru sahaja Allah ciptakan.” (HR. Muslim no. 2120)

An Nawawi dalam Syarh Muslim, 6/195, makna hadis ini adalah bahawasanya hujan itu rahmat iaitu rahmat yang baru saja diciptakan oleh Allah SWT, maka Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bertabaruk (mengambil berkat) dari hujan tersebut. Kemudian An Nawawi mengatakan, “Dalam hadis ini terdapat dalil bagi ulama syafi’iyyah tentang dianjurkannya menyingkap sebahagian badan (selain aurat) pada awal turunnya hujan, agar disirami air hujan tersebut. Dan mereka juga berdalil bahawa seseorang yang tidak memiliki keutamaan, apabila melihat orang yang lebih mulia melakukan sesuatu yang dia tidak ketahui, hendaknya dia menanyakan untuk diajar lalu dia mengamalkannya dan mengajarkannya pada yang lain.” (Syarh Nawawi ‘ala Muslim, 6/195 , Maktabah Syamilah)




Assalamualaikum Cinta...khamshamida!!!!

Sunday, October 14, 2012

...Sedangkan Nabi pun sayangkan Kucing...


Muezza (atau Mu'izza) (Arab: معزة‎) diakatakan merupakan seekor kucing peliharaan Nabi Muhammad SAW yang paling disayangi. Berdasarkan periwayatan, Nabi Muhammad pada suatu hari telah terjaga (dari tidurnya), berikutan suara Azan yang memanggil untuk menunaikan solat. Tatkala baginda Nabi bersedia untuk menyiapkan diri untuk bersolat dan baginda hendak mengambil jubahnya, ternyata Muezza sedang tidur di atasnya jubahnya, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya supaya tidak membangunkan Muezza. Ketika Nabi pulang ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepada baginda. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan kucing itu sebanyak 3 kali. Ketepatan dan kesahihan terhadap cerita ini sebenarnya tidak begitu jelas kerana tiada ayat Al-Quran atau Hadis Nabi yang menceritakan kisah ini.

Dipercayai juga ketika Nabi Muhammad menerima tetamu ke rumahnya, Nabi selalu menggendong Mueeza dan ditaruh Muezza pada paha baginda. Ada juga yang lain mengatakan Nabi Muhammad kadangkala menggunakan air mutlak yang pernah menjadi minuman Muezza digunakan untuk tujuan berwuduk. Bagi menggambarkan sifat penyayang dan kemurahan hati Nabi Muhammad SAW keatas kucing, 

kebanyakan Muslim pada hari ini telah banyak memelihara kucing dan menyayanginya. Dalam Islam perbuatan menghina atau mengasari haiwan tidak kira samaada haiwan itu haram dimakan atau tidak adalah suatu perkara yang sangat terkutuk dan berdosa serta tidak bertamadun. Binatang dan tumbuhan juga harus dihormati dan disayangi kerana ia suatu amanah dari Allah.







Assalamualaikum Cinta...khamshamida!!!!

KISAH FATIMAH AZ ZAHRA PUTERI RASULULLAH....

Setelah fatimah ni berkahwin dgn saidina ali... fatimah sebagai isteri kena buat mcm2 di rumah,memasak,mengguli tepung,memasak dan kena bantu saidina ali....sehingga dahulunya tangan fatimah lembut

sampai jd kasar tangannya....suatu hari rasulullah pergi melawat fatimah dan saidina ali ...rasulullah melihat fatimah dlm keadaan sedih..kerana byk kerja yg mesti dibuatnya...selepas itu rasulullah pun membantu anaknya fatimah az zahra...dan selepas itu rasulullah mengajar anaknya fatimah supaya membaca Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah' , 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya

 













Assalamualaikum Cinta...khamshamida!!!!

Saturday, February 18, 2012

~LUAHAN HATI HAWA TERHADAP ADAM~

Assalamualaikum sahabat-sahabat.... (n_n)

--------------------------------------------------------------------------

kerana aku wanita,
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku.

kerana aku wanita,
ingin disayangi itu fitrah diriku.

kerana aku wanita,
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki.

kerana aku wanita,
emosiku selalu mengatasi logik akalku.

kerana aku wanita,
air mata teman setiaku.

kerana aku wanita,
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi.

DAN...

kerana aku wanita,
aku damba pertolongan darimu Adam.

peliharalah bicaramu denganku,
jangan bermain kata denganku,
takut rosak hatiku.

kerana aku wanita,
akhlakmu ukuran di mataku.

peliharalah akhlakmu dan imanmu,
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku,
takut rosak thiqohmu.

kerana aku wanita,
maka peliharalah susunan kata-katamu.

kerana aku mudah terasa,
namun aku bukan lemah,
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar.

kerana aku wanita,
peliharalah dirimu dari mencemuhku.

saat titisan jernih mengalir dari mataku,
kerana itu cara untukku,
meluahkan perasaanku,
supaya hatiku tenang kembali.

kerana aku wanita,
aku memang sangat peka.

maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya.


WAHAI ADAM...

kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami.

andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjatmu telah jatuh pada pandangan kami.

jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.
----------------------------------------------------------------------
sama-sama muhasabah diri kita...

sampai sini dahulu..
wassalam...
(n_n)





Assalamualaikum Cinta...khamshamida!!!!

Saturday, February 4, 2012

___Salam Maulidur Rasul___


Suatu hari, Rasulullah bertanya:
"Siapakah hamba Allah yang mulia?"
Sahabat menjawab: "Para Malaikat ya Rasulullah"
Sahabat menjawab: "tentulah para Nabi, merekalah yang mulia"
Rasulullah tersenyum lalu berkata: "Ya, mereka mulia tapi ada yang lebih mulia"
Para sahabat terdiam lalu berkata: "Adakah kami yang mulia itu ya Rasulullah?"
Rasulullah berkata: "Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, kalian membantu perjuanganku, tetapi bukan kalian yang aku maksudkan....

Rasulullah menundukkan wajahnya, baginda menitiskan air mata sehingga membasahi pipi dan janggutnya lalu bkata:
"
Wahai sahabatku, mereka adalah manusia-manusia yang lahir jauh setelah wafatnya aku, mereka terlalu mencintai Allah dan tahukah kalian, mereka tak pernah melihatku, mereka hidup tidak dekat denganku seperti kalian tetapi mereka sangat rindu kepadaku dan saksikanlah wahai sahabatku, bahawa AKU SANGAT
RINDU PADA MEREKA, MEREKALAH UMATKU
!

KAMI MENYAYANGIMU DAN MERINDUIMU YA RASULULLAH, NABI MUHAMMAD S.A.W KEKASIH ALLAH S.W.T

SILA BACA =>> Ada satu kisah tentang seorang Muslim:
====================================
【ツ】 Pada satu hari yang indah, dia telah berkata, "ALLAHU AKBAR"
【ツ】 Kemudian dia menyambung lagi,
"LAILLAHA ILLALLAH MUHAMMADARASULULLAH"
【ツ】 Setelah itu dia berkata,
"LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINADZALIMIN".
【ツ】 Dia menambah sedikit lagi,
"SUBHANALLAH WA BIHAMDIHH SUBHANALLAHIL ADZIM "
【ツ】 Dengan mengucapkan semua itu, dia telah diberi ganjaran yang sangat besar dari ALLAH SWT
【ツ】 Kamu mau tahu siapakah orang yang beruntung itu??
【ツ】 Orang itu adalah KAMU 【ツ】

█████████████████████████████████████████████████
S U B H A N A L L A H __ A L H A M D U L I L L A H __A L L A H U A K B A R ! !
█████████████████████████████████████████████████

syukur, kawan2 saya telah menggunakan masa xsampai 3 saat berzikir mengingati ALLAH...

Assalamualaikum Cinta...khamshamida!!!!

Thursday, November 3, 2011

Ambiga WhAt the Hell U do???!!!!!!!!!!

Maaf Agak kasar tjuk entry tu.....aku terkejut n mengucap panjang apabila tgok berita tv3 tdi.....
19NOV ne Ambiga telah menganjurkn perhimpunan seks bebas ...pasti korg pun mengucap panjang....geram,,sakit hati....berani Ambiga,,,tdkkah kau fikir????Agama Islam adalah agama rasmi Malaysia!!!!!nape kau x hormat....lagi..mana2 agama pun tdk sokg dgn seks bebas ne.....astagar....terkilan aku.....tolglah!!!!! gagalknnyer,,,,n kenakan hukuman yg berat2.......
Ya Allah....STOp AMBIGA!!!!!!!!!!!

Festival Seks Bebas ini adalah berpaksikan kepada Pertemuan Yogyakarta 2006 yang mempromosikan dan menggalakkan perlakuan seks bebas LBGT - iaitu Lesbian, Bisexual, Gay & Transgender!

Ini adalah usaha menukar ketamadunan kemanusiaan kepada ketamadunan haiwan - mempromosikan dan menghalalkan amalan seks songsang dan luar tabi'e lesbianisma (wanita dengan wanita), bisexual (semua jantina boleh balun), gay (seks melalui dubur) dan transgender (pertukaran jantina)!

Ini adalah 'amalan seks songsang dan luar tabi'e yang ditolak bukan sahaja oleh tamadun kemanusiaan dan akhlak insani, malah ditolak oleh semua agama termasuk agama samawi Islam, Kristian & Yahudi!

Assalamualaikum Cinta...khamshamida!!!!

Tuesday, October 11, 2011

Perangai Kita ''Manusia''


Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI
Bila jadi baik, ORANG MELUAT
Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAH NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?"
Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA
Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN
Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGUS
Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR
Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'
Bila kita pakai 'dedah sana-sini' ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free
Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!"
Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?"
Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"
Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata. Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan ALLAH SWT terhadap kita, bukan pandangan manusia yang diciptakan oleh ALLAH SWT. dan kita takkan boleh tutup mulut orang sampai dia mati...



Assalamualaikum Cinta...khamshamida!!!!

Saturday, July 30, 2011

kelebihan Berpuasa....


Salam...yee hwa esok dh nk puasa~~bestnyer!!!Entry kali ne..kelebihan berpuasa..jom usha~

Kelebihan 30 hari berpuasa ~~~

* Dosanya keluar seperti ia baru di lahirkan ibunya.

* Dosanya di ampuni, begitu pula dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.

* Di panggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan: “Mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu”.

* Di beri pahala yang sama, dan pahala orang-orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

* Di beri pahala seperti orang yang melakukan sembahyang di Masjidil Haram di Makkah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin.

* Di beri pahala seperti pahala malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.

* Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir’aun dan Haman.

* Di berikan oleh Allah segala apa yang pernah di berikan kepada Nabi Ibrahim ‘alaihisalam

* Seperti pahala beribadah kepada Allah yang di lakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W

* Di kurniakan oleh Allah kebaikan dunia dan akhirat

* Keluar dari dunia seperti pada hari dilahirkan dari kandungan ibu bersih daripada dosa

* Datang di hari kiamat dengan keadaan mukanya bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama.

* Datang di hari kiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan.

* Disaksikan oleh para malaikat, kalau dia telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan di bebaskan oleh Allah dari segala mudarat.

* Di minta ampun oleh para malaikat, oleh malaikat yang memikul Arasy dan Kerusi.

* Di bebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga.

* Di beri pahala seperti pahala para Nabi.

* Di seru oleh para malaikat, “Wahai hamba Allah, bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu”.

* Di angkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.

* Di beri pahala para syuhada dan salihin.

* Di bina rumahnya dari nur di dalam syurga.

* Di bangunkan sebuah kota untuknya di syurga

* Kelak di hari kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.

* Di beri pahala yang berupakan dua puluh empat permohonan di kabulkan.

* Di hapuskan dari seksaan kubur.

* Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.

* Dalam melintasi sirat (jambatan) pada hari kiamat kelak, dia akan dapat melintasi dengan laju bagaikan kilat menyambar.

* Allah mengangkat dengan seribu darjat di syurga.

* Diberi pahala seribu haji yang mabrur.

* Di panggil dan di persilakan oleh Allah, wahai hambaku, makanlah buah-buahan syurga dan mandilah dengan air salsabil (air syurga yang sedap di minum) serta minumlah dari telaga kausar. Akulah Tuhanmu dan engkau hambaku...







Assalamualaikum Cinta...khamshamida!!!!