Muezza (atau Mu'izza) (Arab: معزة) diakatakan merupakan seekor
kucing peliharaan Nabi Muhammad SAW yang paling disayangi. Berdasarkan
periwayatan, Nabi Muhammad pada suatu hari telah terjaga (dari tidurnya),
berikutan suara Azan yang memanggil untuk menunaikan solat. Tatkala baginda
Nabi bersedia untuk menyiapkan diri untuk bersolat dan baginda hendak mengambil
jubahnya, ternyata Muezza sedang tidur di atasnya jubahnya, Nabi pun memotong
belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya supaya tidak membangunkan
Muezza. Ketika Nabi pulang ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepada
baginda. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus
lembut ke badan kucing itu sebanyak 3 kali. Ketepatan dan kesahihan terhadap
cerita ini sebenarnya tidak begitu jelas kerana tiada ayat Al-Quran atau Hadis
Nabi yang menceritakan kisah ini.
Dipercayai juga ketika Nabi Muhammad menerima tetamu ke
rumahnya, Nabi selalu menggendong Mueeza dan ditaruh Muezza pada paha baginda.
Ada juga yang lain mengatakan Nabi Muhammad kadangkala menggunakan air mutlak
yang pernah menjadi minuman Muezza digunakan untuk tujuan berwuduk. Bagi
menggambarkan sifat penyayang dan kemurahan hati Nabi Muhammad SAW keatas
kucing,
kebanyakan Muslim pada hari ini telah banyak memelihara kucing dan
menyayanginya. Dalam Islam perbuatan menghina atau mengasari haiwan tidak kira
samaada haiwan itu haram dimakan atau tidak adalah suatu perkara yang sangat
terkutuk dan berdosa serta tidak bertamadun. Binatang dan tumbuhan juga harus
dihormati dan disayangi kerana ia suatu amanah dari Allah.
No comments:
Post a Comment