Anas radhiyallahu ‘anhu berkata, “Kami bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah kehujanan. Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menyingkap bajunya hingga disirami hujan. Kemudian kami mengatakan, “Ya Rasulullah, mengapa engkau melakukan demikian?”
Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لأَنَّهُ
حَدِيثُ عَهْدٍ بِرَبِّهِ تَعَالَى
“Kerana dia baru sahaja Allah ciptakan.” (HR. Muslim no. 2120)
An Nawawi dalam Syarh Muslim, 6/195, makna hadis ini adalah bahawasanya hujan itu rahmat iaitu rahmat yang baru saja diciptakan oleh Allah SWT, maka Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bertabaruk (mengambil berkat) dari hujan tersebut. Kemudian An Nawawi mengatakan, “Dalam hadis ini terdapat dalil bagi ulama syafi’iyyah tentang dianjurkannya menyingkap sebahagian badan (selain aurat) pada awal turunnya hujan, agar disirami air hujan tersebut. Dan mereka juga berdalil bahawa seseorang yang tidak memiliki keutamaan, apabila melihat orang yang lebih mulia melakukan sesuatu yang dia tidak ketahui, hendaknya dia menanyakan untuk diajar lalu dia mengamalkannya dan mengajarkannya pada yang lain.” (Syarh Nawawi ‘ala Muslim, 6/195 , Maktabah Syamilah)

No comments:
Post a Comment